assalamu'alaikum...

mari sama-sama kita sentiasa muhasabah diri dari saat ke saat

Saturday, September 25, 2010

keluarga

alhamdulillah,baru je pos satu blog.
semakin kita meningkat dewasa,semakin kita perlu matang.
bismillahirrahmanirerohim...
Ya Allah,aku sangat takut.
aku masih dalam dosa.
aku masih lagi mencari diriku.
dalam keluargaku,aku sangat2 tertekan.
aku rasa berat sangat untuk menolong umi.
aku tak sanggup lukakan hati dia.
tapi,bagaimana dengan perjuanganku?
aku tak sanggup melupakanya,kerana aku tahu,perjuangan itu perlu.
aku perlu berjuang dgn diri sendiri untuk bermujahadah.
tapi,jika aku tak menyampaikan pada orang lain,aku tak kuat untuk mujahadah pada diri.
aku buntu sangat2.
aku ingin hidup dalm cinta Mu Ya Allah.
aku perlu berjuang,tapi...
aku tak mampu lakukan sendirian.
aku tak nak harapan umi padaku terhalang kerana kepentingan diriku.
kepentingan diriku yang memerlukan sahabat untuk sama2 berjuang..
aku malu menyebut 'perjuangan'...
aku tak layak untuk sume tu.
ya Allah,aku sangat perlukan kekuatan dari Mu.
aku yakin dgn Mu Ya Allah...
ameen

perjalanan

alhamdulillah,
ana masih berkesempatan bertemu dgn sahabat2 di konvo utm.
rasa bersyukur sangat.
sebelum sampai di skudai,singgah beraya di rumah sahabat kat muar.
tapi,diri ini masih berfikit,adakah aku masih berada di jalan perjuangan seperti di utmkl dulu?
aku sedar,diri aku tak sma dgn dulu.
tak boleh sama mcm dulu.
aku cuba bangkit,dan aku terus mencuba.
suasana di rumah sangat berbeza dengan di utm dulu.
dulu,aku sering disibukkan dgn program2 dakwah,
program keluar dgn kawan2,mad'u.
adakah aku mesih berdiri di atas jalan Mu Ya Allah???
aku takut...
aku tak kuat mcm dulu.
aku tahu,mana yang baik,
mana yang betul,
mana yang salah,
tapi,,,kenapa diri ini masih gagal dalam mujahadahku???
aku sering tertanya2 dlm diri ini...

Wednesday, September 1, 2010

alahamdulillah,ahli keluarga yang pulang ke rumah semakin ramai.yelah,dah nak raya kan???
setiap hari,diri ini terfikr dan berkata "Ya Allah,istiqamah dan tetapkan hatiku bersama Mu Ya Allah.diri ini juga sering berkata "Ya Allah,apa yang aku lakukan untuk Islam dan untukMu Ya Allah?
aku telah lama meninggalkan medan dakwah kampus,sekarang aku berada di medan dakwah realiti kehidupan sebenar.ya Allah,betapa lemahnya diri ini sekarang.namun begitu,aku harus bangkit dan melakukan sesuatu untuk Allah dan Islam. lalu,aku bertanya pada umi:-
aku:umi,macam mane kita nak dakwah masa niaga?
umi:awak tu,kena mujahadah diri dulu,barulah leh dakwah.
aku:dalam hati(memanglah aku mujahadah,tapi,ape usaha yang aku buat sekarang ini,memang takde ape2 untuk Islam)
aku:owh,kena mujahadah...aku bertanya lagi. mujahadah macam mane yang umi maksudkan?
umi:niaga ni kan sunnah Rasulullah SAW,jadi,kita dikira berjuang gak.waktu niage ni lah awak kena banyak ingat Allah,banyak ingat ASZ.tak boleh marah2,disiplin diri kena jaga,adab dengan semua orang pun kena jaga.awak kena ingat tu...
aku:owh camtu
(insya allah umi,kina wat ape yang termampu)

ya allah,betapa beratnya hati ini untuk terima semua tu.tapi,alhamdulillah sangat2 Engkau sentiasa membantu aku. Terima kasih Ya Allah...
aku tak layak untuk semua ini. bismillahirrahmanirrahim,ya Allah,berikan aku kekuatan untuk menerima segalanya dengan Redha,Sabar dan Syukur.Ameen.....

tangisan yang dikasihi allah

alhamdulillah.artikel ni,saya dapat dari sorg sahabat.jadi,saya ingin berkongsi ngn sahabat juga.ya Allah,jadikan usaha ku ini untuk mencari RedhaMu...

Dalam dunia ini ramai orang yang menangis, akan tetapi sedikit sekali yang didapati orang yang menangis kerana takutkan Allah, menangis kerana mengenangkan hari Akhirat, menangis kerana gerunkan Neraka Allah dan rindukan Syurga Allah. Apa yang kita dapati kebanyakan manusia hari ini menangis kerana hal-hal lain yang bersangkutan dengan kepentingan duniawi semata-mata umpamanya menangis kerana tidak tahan dengan penderitaan hidup, menangis kerana kemiskinan, kesusahan, kesakitan, kehilangan orang yang dikasihi, gagal dalam peperiksaan, kecewa dalam percintaan, putus tunang, dicaci maki dan tidak kurang juga ada yang menangis kerana tersinggung atau kecil hati dengan tingkah laku seseorang.

Ada juga yang menangis kerana suaminya kahwin lagi dan tidak kurang juga ada yang menangis kerana kurang mendapat perhatian serta kasih sayang dari orang yang disayangi. Alangkah ruginya air mata yang dicurahkan ke bumi, sedangkan tiada nilai sedikit pun di sisi Allah. Malang sungguh bagi mereka yang menangis kerana hal lain, bukan kerana Allah, hidupnya menderita dan setiap tangisannya membawa kehancuran. Tidak kurang juga ada yang sanggup mengambil jalan singkat setelah puas menangis mengenangkan nasib diri iaitu dengan membunuh diri atau melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syariat.

Akan tetapi alangkah bertuah dan beruntungnya orang yang menangis kerana takutkan Allah, kerana gerunkan azab Neraka dan rindukan nikmat Syurga yang tidak terhingga lazatnya kerana mereka ini akan mendapat jaminan rahmat dan pengampunan dari Allah SWT serta mendapat ketenangan jiwa lahir dan batin. Justeru semakin banyak mereka menangis, jiwa mereka semakin tenang dan iman mereka semakin menebal dan mantap. Sebagai buktinya Allah berfirman yang bermaksud:
" Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Tuhan yang Maha Pemurah, mereka lalu tunduk dan bersujud sambil menangis" - Surah Maryam:58

Pernah berlaku dalam sejarah Islam, seorang Khalifah yang cukup terkenal sifat warak dan zuhudnya yang bernama Khalifah Umar Abdul Aziz, suatu malam beliau bemunajat dengan Tuhan di tingkat atas bangunan kedua, oleh kerana terlalu takutkan Allah dan gerunkan Neraka Allah dan cemas memikirkan nasib diri di Akhirat kelak beliau sujud pada Allah sambil menangis yang teramat sangat hingga titisan air mata beliau menitis ke bangunan bawah melalui celah-celah lubang lantai.

Suatu kisah lagi pernah berlaku dalam sejarah hidp Sayidina Ali k.w.j, wakut itu ketika beliau sedang mengambil wuduk dengan serta merta wajah beliau berubah menjadi pucat dan seluruh tubuhnya menggeletar ketakutan.
Bila ditanya oleh sahabat yang lain," Wahai Ali, kenapakah keadaan tuan begini?"
Maka dijawabnya ringkas," Aku takut pada Allah."

Lihatlah, Sayidina Ali berubah mukanya pucat dan cemas serta menggeletar tubuhnya hanya sekadar mengambil wuduk belum lagi mengangkat takbir utnuk mendirikan solat untuk menyembah Tuhan yang Maha Agung. Begitulah hebatnya keimanan dan ketaqwaan para sahabat dan orang-orang soleh dahulu.

Antara sifat oarang yang takutkan Allah ada dinyatakan dalam Al Quran yang bermaksud:
" Mereka lalu tunduk dengan dagu-dagu mereka sambil menangis dan keadaan itu akan menambah mereka khusyuk." - Al-Isra':109

Di alam Akhirat kelak setiap orang akan menangis kerana menyesal akan dirinya tidak beramal tetapi ada orang yang beruntung, ia mampu ketawa dan senyum disaat orang lain menangis. Siapakah mereka itu? Mereka itulah golongan orang yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud:
" Setiap mata akan menangis di hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerana takutan Allah dan mata yang celik kerana berjaga untuk jihad fi sabilillah."

Sabda baginda lagi:
" Seseorang yang menangis kerana takutkan Allah tidak akan masuk ke dalam Neraka meskipun susu dapat kembali ke dalam tetek ataupun unta dapat masuk ke dalam lubang jarum."

Mengikut baginda Rasulullah SAW titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah, nilainya sama dengan titsan darah yang tumpah di medan peperangan kerana jihad di jalan Allah.

Anehnya kita hari ini sukar sekali mengeluarkan air mata kerana Allah tapi senang dan mudah sekali mengeluarkan air mata kerana hal-hal lain yang bersangkutan dengan dunia.
Kenapa ini terjadi? Jawapannya kerana tipisnya iman dan rasa tauhid pada Allah. Selain dari itu tidak ada rasa kehambaan pada Allah dalam diri.

Dari itu untuk keselamatan diri kita, marilah kita berusaha melatih diri menangis kerana takutkan Allah bukan kerana hal lain. Peringkat permulaan kalau mata tidak boleh mengeluarkan air mata, cukuplah hati yang menangis. Tetapi awas, jangan tertipu oleh perangkap syaitan, yakni elakkan diri menangis dikhalayak ramai, nanti sifat ujub menguasai diri.

Untuk menyelamatkan hati, menangislah ketika berseorangan di waktu malam yang hening bening, ketika insan lain sedang nyenyak tidur dan dibuai mimpi. Maka ketika ini bangunlah seorang diri untuk bermunajat dengan Allah. Tangiskan dosa-dosa kita yang banyak. InsyaAllah tangisan air mata ketika itu akan ada hasil dan nilainya di sisi Allah. cube cari lagu ni= tangisan hamba oleh kumpulan mawaddah,best sangat

Tuesday, August 24, 2010

panduan hidup orang soleh-ASZ

Kata Pengantar
Segala puja dan puji ke hadrat Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Raulullah SAW, kaum keluarga dan para sabahat sekelian.
Sebagai manusia, sudah tentu kita perlukan satu panduan dalam menempuh hidup sehari-hari dan Allah SWT sudah tentu tidak lupa untuk memberikan panduan yang paling baik dan lengkap kepada hamba-hamba-Nya yang soleh. Buku kecil ini memuatkan dengan ringkas adab-adab seharian bagi seseorang yang mahu menjadi hamba Allah yang baik iaitulah orang soleh.
Moga-moga dengan mengikuti panduan di dalam buku ini, segala yang dilakukan dapat dijadikan amal soleh, atau dengan lain perkataan, dijadikan ibadah kepada Allah SWT. Kerana inilah yang dikehendaki oleh-Nya dalam firman-Nya yag bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

MUQADDIMAH

Perjalanan hiudp manusia perlukan satu panduan yang tepat. Islam menerusi syariat dan sunnah Nabi SAW telah menggariskan beberapa panduan untuk setiap mukmin ikuti dalam melayari kehidupan ini. Buku Panduan Hidup Orang Soleh ini memaparkan satu garis panduan kehidupan yang mudah untuk dipraktikkan sebagai ibadah kita kepada Tuhan.

Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk mudah kita fahami. Antara lainnya:

MANUSIA DAN KEHIDUPAN

Hidup manusia menempuh lima alam:
a. Hidup di alam roh (arwah)
b. Hidup di alam rahim ( kandungan ibu)
c. Hidup di alam dunia nyata
d. Hidup di alam barzakh (kubur)
e. Hidup di alam Akhirat, yang kekal abadi

HIKMAH ALLAH MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN MANUSIA

Untuk menguji dan menyaring hamba-Nya:
a. Siapa yang paling baik amalannya
b. Siapa yang benar dalam ikrar dan janjinya
c. Siapa yang benar-benar sabar atas ujian dan musibah yang ditimpakan-Nya
d. Siapa yang benar-benar bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya
e. Siapa yang benar-benar redha dengan takdir dan ketentuan-Nya :
sewaktu hidup di dunia untuk dikurniakan balasan di Akhirat kelak

PERANAN MANUSIA DI DUNIA

a. Sebagai khalifah (wakil) Allah di muka bumi.
Manusia menjadi wakil Allah dalam mentadbir bumi dengan menjalankan semua perkara supaya bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang (syariat) yang telah Allah turunkan. Firman Allah:
Maksudnya: " Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi"

b. Sebagai hamba Allah yang sentiasa mengabdikan diri (beribadah) kepada Allah. Yakin, patuh dan taat kepada segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah
kepadaKu"

permulaan hamba

salam alaik...
alhamdulillah.akhirnya tercapai gak hasrat nak wujudkan blog sendiri.dulu,senang nak bergerak untuk islam...sekarang buat yang termampu.lebih meningkat usia,lebih banyak cabaran nya.sekarang kena terima sumenye dengan redha,sabar dan syukur.
diri ni masih belajar untuk menulis blog dan menyampaikan mesej pada sahabat dan saudaraku seislam.
yelah,nak send mesej by handphone-agak terbatas-jd,nak share something ngn sahabat2 melalui blog lebih luas.
alhamdulillah sangat2