assalamu'alaikum...

mari sama-sama kita sentiasa muhasabah diri dari saat ke saat

Tuesday, August 24, 2010

panduan hidup orang soleh-ASZ

Kata Pengantar
Segala puja dan puji ke hadrat Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Raulullah SAW, kaum keluarga dan para sabahat sekelian.
Sebagai manusia, sudah tentu kita perlukan satu panduan dalam menempuh hidup sehari-hari dan Allah SWT sudah tentu tidak lupa untuk memberikan panduan yang paling baik dan lengkap kepada hamba-hamba-Nya yang soleh. Buku kecil ini memuatkan dengan ringkas adab-adab seharian bagi seseorang yang mahu menjadi hamba Allah yang baik iaitulah orang soleh.
Moga-moga dengan mengikuti panduan di dalam buku ini, segala yang dilakukan dapat dijadikan amal soleh, atau dengan lain perkataan, dijadikan ibadah kepada Allah SWT. Kerana inilah yang dikehendaki oleh-Nya dalam firman-Nya yag bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

MUQADDIMAH

Perjalanan hiudp manusia perlukan satu panduan yang tepat. Islam menerusi syariat dan sunnah Nabi SAW telah menggariskan beberapa panduan untuk setiap mukmin ikuti dalam melayari kehidupan ini. Buku Panduan Hidup Orang Soleh ini memaparkan satu garis panduan kehidupan yang mudah untuk dipraktikkan sebagai ibadah kita kepada Tuhan.

Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk mudah kita fahami. Antara lainnya:

MANUSIA DAN KEHIDUPAN

Hidup manusia menempuh lima alam:
a. Hidup di alam roh (arwah)
b. Hidup di alam rahim ( kandungan ibu)
c. Hidup di alam dunia nyata
d. Hidup di alam barzakh (kubur)
e. Hidup di alam Akhirat, yang kekal abadi

HIKMAH ALLAH MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN MANUSIA

Untuk menguji dan menyaring hamba-Nya:
a. Siapa yang paling baik amalannya
b. Siapa yang benar dalam ikrar dan janjinya
c. Siapa yang benar-benar sabar atas ujian dan musibah yang ditimpakan-Nya
d. Siapa yang benar-benar bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya
e. Siapa yang benar-benar redha dengan takdir dan ketentuan-Nya :
sewaktu hidup di dunia untuk dikurniakan balasan di Akhirat kelak

PERANAN MANUSIA DI DUNIA

a. Sebagai khalifah (wakil) Allah di muka bumi.
Manusia menjadi wakil Allah dalam mentadbir bumi dengan menjalankan semua perkara supaya bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang (syariat) yang telah Allah turunkan. Firman Allah:
Maksudnya: " Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi"

b. Sebagai hamba Allah yang sentiasa mengabdikan diri (beribadah) kepada Allah. Yakin, patuh dan taat kepada segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah
kepadaKu"

No comments:

Post a Comment